Isnin, 16 Mac 2009

SEJARAH DUKA PALESTIN

ALLAH memberi kelebihan kepada Nabi Ibrahim AS dengan melantik ramai dari kalangan zuriatnya sebagai nabi dan rasul.Keturunan Ibrahim terbahagi kepada dua kelompok manusia yang besar.
Zuriat daripada anaknya Ismail membentuk bangsa Arab.Manakala keturunan anaknya yang seeorang lagi, Ishaq melahirkan bangsa Yahudi.Mereka juga dikenali Bani Isra’il kerana mengambil sempena nama lain bagi Ishaq, iaitu Isra’il.
Nabi Ishaq memepunyai seeorang anak bernama Yaaqub(nabi).Manakala Yaaqub pula memiliki 12 orang anak termasuk Yusuf(nabi).12 orang anak Nabi Yaaqub ini melahirkan 12 puak di kalangan Bani Isra’il.Sejarah pengutusan para nabi mencatatkan bahawa majoriti nabi dan rasul adalah dari kalangan bangsa ini.
Kebanyakan mereka diutuskan di Palestin dan negeri-negeri berhampiran dengannya.Baitul Maqdis menjadi markaz ramai nabi dan rasul.Justeru bangsa Yahudi berbangga dengan tinta sejarah ini.
Yahudi Yang Lupa Daratan
Catatan sejarah ini juga menjadikan mereka lupa daratan sehingga menggelarkan diri mereka sebagai ‘bangsa Allah yang terpilih’.Lebih daripada itu mereka menambah catatn dalam Taurat dan Talmud dengan menyifatkan bangsa lain lebih hina daripada anjing.
Mereka lupa bahawa Allah mengutus bilangan rasul yang ramai dari kalangan mereka adalah disebabkan kedegilan dan keangkuhan mereka serta keengganan mereka beriman kepada Allah.Bahkan mereka juga lupa bahawa sejarah turut mencatatkan mereka sebagai kaum yang melakukan jenayah paling besar membunuh ratusan nabi dan rasul.
Mereka mempermainkan Nabi Musa yang telah menyelamatkan mereka dari keganasan Firaun.Mereka mengejar dan membunuh Nabi Zakaria dengan menggergaji tubuh baginda.Mereka cuba hendak membunuh Nabi Isa.Mereka menderhaka kepada Nabi Samwil dan Raja Talut yang soleh.Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah:
“…Mereka ditimpakan kehinaan dan kepapaan.Dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah.Yang ayat-ayat Allah(perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka juga membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar.Ynag demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.”
Palestin Menjadi Rebutan
Bumi Palestin sentiasa bergolak sejak ribuan tahun.Ia menjadi rebutan tiga agama utama di dunia, Islam, Yahudi dan Kristian.Sejarah membuktikan, ketika umat Islam berpeluang memerintah Negara itu, kaum-kaum lain dapat hidup aman dan damai.
Mereka yang tidak mengganggu tidak akan diganggu.Nyawa mereka terjamin, harta mereka terjaga dan hak milik mereka selamat.Namun, ketika ia dikuasai oleh kaum lagi(Yahudi dan Kristian) umat Islam sering dijadikan ‘makanan’ mereka.Umat Islam dihalau, dipenjarakan dan dibunuh.Rumah mereka dirobohkan.Wanita mereka diperkosa.Hak mereka dinafikan.Masjidil Aqsa dibakar dan cuba dirobohkan.
Sehingga kini bumi Palestin seluruhnya diajajah oleh kaum Yahudi.Mereka mengambil kesempatan di atas keruntuhan Khilafah Othmaniyyah untuk memperbudak dan memperbodohkan bangsa Arab dan umat Islam hinggakan tidak wujud lagi kalimah ‘PALESTIN’ di atas peta dunia.
Sering kali kedengaran suara yang tertanya-tanya, “Di manakah sempadan Palestin? Yang mana satu negara Palestin?” Umat Islam yang pergi membuat lawatan ke Semenanjung Sinai juga terkeliru.Mereka berkata, “Kami pergi melawat sempadan empat negara, Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Israel!” Mereka menggunakan kalimah ‘Israel’ dan tidak menggunakan kalimah ‘Palestin’ kerana ia kini dikuasai oleh rejim Zionis.
Sebenarnya keseluhuran kawasan dari Selatan Lubnan di utara, hinggalah ke Semenanjung Sinai di selatan adalah bumi umat Islam.Dari tebing Sungai Jordan di timur, hingga ke pantai Laut Mediterranian di barat adalah bumi umat Islam.Semuanya itu ialah Daulah Filastiniyah (Palestin).
Kunjungan Rasulullah SAW ke Palestin
Nabi Muhammad SAW pernah mengunjungi bumi Palestin sebanyak 3 kali.Kali pertama ketika baginda mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berdagang di Syam.Ketika itu Baginda SAW baru berusia sembbilan tahun.Kali kedua ialah ketika baginda membawa barang dagangan Khadijah dalam usia 25 tahun dan kali ketiga ialah di dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Pada kali pertama dan kedua, kujungan baginda ke Palestin mendapat perhatian rahib-rahib Yahudi di sana yang memberitahu Abu Talib (kunjungan pertama) dan Maisarah (kunjungan kedua) bahawa lelaki ini (Muhammad) bakal menjadi rasul dan baginda akan ditentang habis-habisan oleh orang-orang Yahudi.Pemberitahuan rahib-rahib yang beriman itu menjelaskan sikap sebenar orang-orang Yahudi dan permusuhan mereka terhadap para rasul sejak zaman berzaman.
Bahkan salah seorang daripada rahib-rahib berkenaan yang dikenali Buhaira berpesan kepada Abu Talib supaya segera membawa pulang anak saudaranya itu kerana dibimbangkan akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.Perkara yang sama diberitahu oleh seorang rahib lain, Nastur kepada Maisarah ketika baginda berdagang di sana.
Seterusnya di dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj kita telah diberikan satu isyarat oleh Allah SWT mengenai kepentingan Palestin, Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.Bukankah Allah Maha Berkuasa untuk mengangkat Nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram di Mekah! Akan tetapi Allah sengaja ‘memperjalankan’ baginda SAW ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu untk menunjukkan peri pentingnya bumi Al-Quds itu kepada umat Islam.
Di sana terletaknya masjid yang menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.Di sana juga terletaknya pusara para anbiya’ dan solihin.Ia juga adalah tempat lahir, tempat tinggal dan tempat persinggahan para nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain lagi.
Keutamaan dan kemuliaan Baitul Maqdis bagi orang Islam dapat dilihat daripada sabdaan Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:
“Jangan kalian bersusah payah membuat persiapan kecuali jika hendak pergi ke tiga buah masjid:masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa.”
Justeru, sejak di zaman Rsulullah SAW, para sahabat berjuang bermati-matian untuk membuka kota Baitul Maqdis.Bermula dengan Peperangan Khaibar (7H), Peperangan Mu’tah (8H) dan pengutusan pasukan Usamah bin Zaid (11H) membuktikan komitmen mereka yang tinggi untuk membuka pintu rehlah ke Baitul Maqdis.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, perjuangan diteruskan dan para sahabat telah mengorbankan nyawa mereka untuk itu.Peperangan Ajnadaian pada 27 Jamadil Awwal 13H menyaksikan pertembungan dua pasukan tentera yang besar.Umat Islam mendapat kemenangan gilang-gemilang.Sedangkan Empayar Rom mengalami kerugian besar apabila 3000 tenteranya terkorban.
Pada 5 Rajab 15H, berlaku pula Peperanagan Yarmuk, peperangan yang menyaksikan pertembungan 36 000 mujahidin Islam dengan 200 000 tentera Rom.Walaupun bilangan tentera Islam jauh lebih lebih kecil daripada tentera Rom, namun kemenangan berpihak kepada mereka dan sekurang-kurangnya separuh daripad tentera Rom terbunuh.Kemenangan ini membolehkan umat Islam menentukan perjalanan ke Baitul Maqdis.
Perjanjian Umairah
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayng.Ini adalah perjanjian damai dia antara hamba Allah yang bernama Umar, Amirul Mukminin dengan penduduk Iliya’ (Baitul Maqdis).
“Umar menjanjikan keamanan untuk diri mereka, harta mereka, gereja mereka, anak-anak mereka sama ada yang sakit atau yang sihat…gereja mereka tidak boleh dirobohkan dan mereka tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam, tiada sesiapa di kalangan mereka yang boleh disakiti dan tidak dibenarkan seorang pun di kalangan orang Yahudi tinggal di sini…”
Pembebasan Al-Quds
Untuk menguasai Baitul Maqdis, tentera Islam cuba mengelakkan pertumpahan darah.Untuk tujuan tersebut, mereka hanya mengepung kota berkenaan tanpa sebarang serangan.Setelah dikepung beberapa bulan, akhirnya pihak musuh bersetuju menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan syarat Saidina Umar (khalifah) sendiri yang datang mengambil kunci kota.
Maka berlakulah perjanjian di antara Saidina Umar dengan penduduk Baitul Maqdis yang dikenali sebagai Perjanjian Umairah.Antara isi kandungan perjanjian berkenaan ialah:
Orang Kristian meminta Saidina Umar supaya memastikan tidak ada orang Yahudi tinggal di situ kerana mereka tahu bahawa kaum Yahudi adalah kaum yang sangat buruk akhlaknya dan suka melakukan kekacauan di mana sahaja mereka tinggal.
Inilah permintaan daripada penganut Kristian dan inilah janji Saidina Umar kepada mereka.Tidak ada di antara mereka yang teraniaya di bawah pemerintahan Umar.Melihatkan keadilan Islam, ramai di kalangan mereka memeluk Islam.Tetapi masih ada yang kekal di dalam agama Kristian dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.Mereka hidup aman damai di bawah naungan pemerintahan Islam selama lebih empat kurun.
Kristian Membalas Dendam
Namun apabila Tentera Salib menyerang dan menkluk Baitul Maqdis pada tahun 492H, mereka telah bertindak melampau dalam membalas dendam.
Ibnu Athir meriwayatkan bahawa pasukan Inggeris berlegar di Kota Baitul Maqdis selama seminggu melakukan pembunuhan umat Islam.Lebih 70 000 orang di bunuh di dalam Masjidil Aqsa.Sebahagian daripada mereka ialah para ulama’, para imam, pelajar agama dan ahli ibadat.Tentera Salib turut merampas harta Masjidil Aqsa dan Masjid Sakhrah yang terdiri daripada emas dan perak yang bernilai berjuta-juta ringgit.
Umat Islam Palestin seterusnya hidup di bawah pemerintahan Salibiyyah yang dipenuhi dengan kekejaman dan penindasan.Namun kekuasaan mereka akhirnya berjaya ditumbangkan oleh pasukan tentera Sultan Salahuddin Al-Ayyubi selepas 91 tahun memerintah.Salahuddin mengalahkan tentera Salib di Hittin.
Kekalahan berkenaan menyebabkan berpuluh ribu tentera Salib undur ke Baitul Maqdis.Dianggarkan jumlah mereka yang bertahan di sana mencapai angka 60 000 orang.Mereka cuba membina kembali kekuatan baru untuk berhadapan dengan Salahuddin.
Peperangan ini mencatat sejarah apabila Salahuddin berjaya mencipta sejenis kenderaan peperangan yang boleh melindungi diri mereka daripada lontaran api ketika cuba memecahkan pintu kota.Dikatakan, bahawa idea Salahuddin inilah yang mencetuskan penciptaan kereta kebal.
Pada tahun 583, tentera Salahuddin mengepung Kota Baitul Maqdis.Mereka akhirnya berjaya membuka pintu kota dan ketika itu kedengaranlah suara tangisan yang amat kuat daripada pasukan Salibbiyyah yang ketakutan.Mereka meletakkan senjata dan merayu supaya tidak diapa-apakan.Permintaan mereka diperkenankan oleh Salhuddin dan dengan itu satu perjanjian penyerahan Kota Al-Quds kepada umat Islam ditandatangani pada 27 Rajab 583H.
Keadilan Salahuddin
Salahuddin telah membuktikan keadlilan dan tolenrasi Islam.Beliau tidak bertindak balas ke atas penganut Kristian seperti mana yang mereka lakukan ke atas umat Islam selama 91 tahun.Bahkan mereka dilayan dengan adil.Antara bukti keadilan Salahuddin ialah:
a.Pasukan Tentera Salib diberikan ruang waktu yang mencukupi (40 hari) untuk membuat persediaan meninggalkan Baitul Maqdis dan mereka dibenarkan membawa semua harta yang mereka miliki kecuali senjata dan kuda perang.
b.Mereka hanya dikenakan denda sebanyak 10 dinar seorang.Perempuanhanya 5 dinar dan kanak-kanak 2 dinar.
c.Paderi Besar Baitul Maqdis, Patrick dibenarkan keluar dengan aman dan boleh membawa semua hartanya yang tidak terhingga banyaknya.Sebahagian pimpinan mencadangkan kepada Salahuddin supaya merampas sebahgian harta Patrick kerana beliau seorang yang terlau kaya.Tetapi Salahuddin tidak menerima cadangan berkenaan dan berkata,”Aku tidak akan berlaku khianat selama-lamanya.” Beliau hanya mengenakan denda 10 dinar seperti yang dikenakan ke atas tentera-tentera Salib yang lain.
Salahuddin turut mengutuskan satu pasukan tentera mengiringi pemergian Salibiyyah untuk menjamin keselamatan mereka kerana dibimbangi mereka akan dirompak di tengah jalan.Tentera Islam mengiringi mereka hingga sampai ke tempat perkumpulan mereka di Saur.Sedangkan Salahuddin tahu bahawa Saur ialah tempat tentera Salib berkumpul untuk membentuk kekuatan baru yang akan memerangi umat Islam.
Bumi Palestin dipenuhi dengan keamanan dan kemakmuran di bawah pemerintahan Salahuddin dan pemerintah-pemerintah berikuynta.Namun keamanan dan kemakmuran ini tidak kekal.Ia kembali bergeloran apabila dijajah oleh Britain dan kemudiannya Israel.

Tiada ulasan: