Isnin, 16 Mac 2009

SEMENANJUNG GAZA:Wilayah Yang Kecil Dipenjara


Nama Semenanjung Gaza atau Ghazzah diambil dari bandar Gaza yang terletak hampir ke utara wilayah itu.Gaza adalah bandar kedua besar di Palestin selepas Baitul Maqdis (atau Al-Quds).
Semenanjung Gaza merupakan sebuah wilayah dalam Negara Paestin.Ia mewakili 1.3% daripada keluasan seluruh negara Palestin dari sempadan Lubnan di utara hingga ke sempadan Mesir di selatan, dari timur Mediterranian di barat hingga ke sempadan Jordan di timur.
Namun sejak penjajahan Israel pada tahun 1948 dan peluasan tanah jajahan pada 1967, Semenanjung Gaza menjadi terasing dan terhimpit.
Bentuk muka bumi yang menganjur dari arah timur laut ke arha barat daya.Di sebelah kirinya Laut Mediterranian, di kanannya wilayah yang dijajah Israel.Gaza berkeluasan 360km persegi.Panjangnya 41km dan lebarnya antara 6-12km.
Penduduk Semenanjung Gaza dianggarkan seramai 1.5 juta orang.400 000 daripada mereka tinggal di Bandar Gaza.Majoriti penduduk Gaza adalah zuriat pelaroan Palestin yang dihalau dari kampung halaman masing-masing pada tahun 1948.
Ketidakseimbangan antara jumlah penduduk yang terlalu ramai dan keluasan wilayah yang sempit, menjadikan Gaza sebagai salah satu kawasan paling padat dengan penduduk di dunia.Kepadatannya ialah 25 ribu orang bagisetiap kilometer persegi.
Kepadatan ini adalah lebih tinggi (55 ribu) bagi kawasan kem pelarian.Maka tidak hairanlah apabila serangan tentera Israel 27 Disember lalu mencatatkan kadar kematian yang tinggi.
Kebanyakan penduduk Gaza tinggal di kem-kem pelarian seperti Kem Khan Yunus, Kem Dir Balah, Kem Nusairat, Kem Syati', Kem Maghazi, Kem Barji, Kem Jabalia dan Kem Rafah yang bersempadan dengan Mesir.
Selain itu terdapat 44 kawasan perumahan rakyat Palestin seperti Gaza, Rafah, Khan Yunus, Dir Balah, Bait Lahia, Bait Hanun dan Jabalia.
Semenanjung Gaza mempunyai 7 jalan keluar ke wilayah lain.Kesemua pintu sempadan ini dikawal oleh rejim Zionis kecuali pintu sempadan Rafah.Ia dikawal oleh Mesir sejak tentera Israel berundur dari wilayah ini pada 2005.
Walaupun dikawal oleh Mesir yang sebangsa dan seagama dengan penduduk Gaza, namun Mesir juga mengamalkan dasar yang keras terhadap penduduk Gaza.Mereka tidak dibenarkan masuk secara bebas ke Mesir untuk mendapatkan keperluan harian.Seperti Israel, Mesir juga sangat bimbang jika pintu sempadan itu dijadikan laluan oleh pejuang-pejuang Islam untuk mendapatkan bekalan senjata.
Enam lagi pintu sempadan dikawal oleh pihak berkuasa rejim Zionis kerana ia bersempadan dengan wilayah yang dijajah.Kesemuanya mempunyai dua nama.Satu nama dalam bahasa Arab dan satu lagi dalam bahasa Ibrani.
Pintu-pintu sempadan itu ialah al-Manzar (Karni), Karam Abu Salim (Kerem Shalom), Bait Hanun (Erez), al-'Audah (Sufa), as-Syuja'iyyah (Nahal Oz) dan al-Qararah (Kissufim). Kesemua pintu ini tidak dibuka kepada penduduk Gaza untuk keluar masuk dengan bebas.
Dengan itu, Semenanjung Gaza menjadi penjara nagi rakyatnya.Kini rakyat Palestin dikurung di dalam dua penjara mega yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Gaza pernah dijajah oleh British hingga tahun 1948.Selepas itu ia diserahkan kepada kuasa tentera Mesir hingga tahun 1956.
Pada 29 Oktober1956, Israel bergabung dengan Perancis dan Britain melancarkan 3 serangkai ke atas Mesir.Dalam peperanagan ini mereka nerjaya merampas Gaza dari Mesir.Namun selepas 5 bulan, tentera Israel berundur dari Gaza dan Mesir kembali mengusai Gaza pada Mac 1957.
Pada 7 Jun 1967 Israel kembali menjajah seluruh Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai (Mesir) dan Tebing Barat.Tiga hari kemudian mereka berjaya merampas Bukit Golan daripada Syria.
Pada 6 Oktober 1973 berlaku satu peperangan yang dikenali sebagai Perang 6 Oktober atau Perang 10 Ramadhan.Mesir dan Syria menyerang kedudukan tentera Israel bagi membebaskan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan dari kekuasaan Israel.Husni Mubarak yang memimpin tenetera udara Mesir turut terlibat di dalam peperangan ini.
Mesir dapat kemenangan gilang-gemilang dan berjaya membebaskan Semenanjung Sinai dari penjajahan Israel.Tentera Isareal dihalau keluar hingga ke sempadan Taba.
Namun Gaza terus di bawah kuasa Israel.Selepas daripada itu Mesir dilihat terus tidak berminat untuk berusaha membebaskan Gaza.Bahkan presiden Anwar Sadat mula berjinak-jinak dan menjalinkan hubungan mesra dengan Israel.Pada 19 November 1977 Sadat menjadi pemimpin Arab pertama mengadakan lawatan rasmi ke Israel yang kemudiannya menghasilkan perjanjian damai Mesir-Israel yang dikenali sebagai Perjanjian Camp David (17 September 1978)
Perjanjian ini ditandatangani bersama Anwar Sadat (Mesir), Manachem Begin (Israel) dan Jimmy Carter (Amerika Syarikat). Rakyat Mesir tidak dapat menerima perjanjian ini.Ia dianggap satu pengkhianatan kepada umat Islam.Kemuncak pada kemarahan rakyat Mesir dapat dilihat apabila Anwar Sadat ditembak mati oleh tenteranya sendiri dalam perarakan sempena ulang tahun memperingati Perang 6 Oktober pada tahun 1981.
Penduduk Gaza terus dijajah dan ditindas Israel.Kini mereka bersendirian menentang penjajah.Mesir dan negara-negara Arab lain sudah tidak boleh diharap untuk membantu membebaskan Gaza dari cengkaman penjajah.
Justeru, selepas intifadhah kedua tahun 2000, mereka bertekad melancarkan serangan secara amaliyyah istisyadiyyah.Mereka mencipta sendiri bahan letupan.Untuk meletupkannya mereka tidak ada cara lain selain membawa sendiri bahan letupan ciptaan mereka itu ke tengah-tengah kumpulan musuh lalu meletupkannya.
Kebanyakan ulama' mengharuskan perbuatan itu dan ia tidak dianggap sebagai membunuh diri.Bahkan mati mereka adalah syahid.
Israel menghadapi kejutan baru dengan amaliyyah istisyadiyyah ini.Mereka tidak menyangka sama sekali pekuang Palestin berani melakukan tindakan sedemikian.Pejuang-pejuang ini mengejar kematian sepertimana tentera Israel mengejar kehidupan.
Perkembangan seterusnya, para pekuang memikirkan, selama mana mereka perlu bergantung dengan amaliyyah istisyadiyyah.Berapa ramai lagi anak-anak muda perlu dikorbankan.Justeru mereka mula mengorak langkah mencipta roket yang dibina daripada batang paip.Ia dinamakan Roket al-Qassam.
Biarpun tidak sehebat dan secanggih peluru berpandu Israel yang dihadiahkan oleh Amerika Syarikat, namun para pejuang ini bepuas hati kerana mereka telah berusaha.Mereka tidak hanya mengharapkan bantuan luar yang entah bila akan tiba.
Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Nanrud, seekor burung pipit terbang ke sungai lalu memenuhkan paruhnya dengan air.Air itu diterbangkan dan dicurahkan ke atas api yang sedang membakkar Nabi Ibrahim.Berulang kali si pipit mengulangi perbuatannya.Hinggalah ia ditanya, "Wahai pipit, mana mungkin beberapa titis air yang kamu bawa itu akan memadamkan api yang sedang membakar Ibrahim!"
Pipit menjawab, "Ya, aku tahu air itu tidak dapat memadamkan api yang sebegitu besar.Tetapi perbuatanku ini akan melepaskan aku daripada diprsoalkan di akhirat kelak."
Inilah prinsip yang dipegang oleh para pejuang di Gaza dan seluruh Palestin.Tidak tahan dengan serangan amaliyyah istisyadiyyah dan serangan roket al-Qassam, akhirnya tentera Israel berundur dari Gaza pada September 2005.
Pendatang Yahudi juga turut menuruti jejak langkah tentera meninggalkan Gaza kerana dibimbangkan keselamatan mereka.Namun sebelum keluar, mereka terlebih dahulu memusnahkan permis mereka termasuk rumah ibadat Yahudi kerana tidak mahu ia dimanfaatkan oleh umat Islam.
Seluruh dunia bergembira dengan pengunduran Zionis dari Gaza.Gaza dianggap sudah merdeka.Di pintu sempadan Rafah sudah tiada lagi tentera penjajah.Dengan itu diharapkan dunia Islam dapat menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza menerusi jalan Rafah.Penduduk Gaza juga dapat melintasi sempadan untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain dari Mesir.
Namun kegembiraan ini tidak lama.Biarpun tentera Yahudi sudah tiada di bumi Gaza namun penduduknya masih dicengkam derita.Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut naga.
Mesir yang diharap dapat membebaskan penduduk Gaza terus menutup pintu sempadan.Dunia mengutuk tindakan Mesir.Namun Mubarak terus dengan sikap keras kepalanya dan enggan membantu Gaza.Gaza dianggapnya masih di bawah kuasa Israel.Pemimpin-pemimpin Fatah juga dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk membuka pintu sempadan.

Tiada ulasan: